New rave atau dipanggil jugak nu rave ni adalah sebuah genre muzik yang sangat aktif terutamanya di sekitar UK (sehingga sekarang). Genre ni wujud dengan adanya penggabungan elemen-elemen muzik yang funky seperti new wave, disco, indie rock to techno, hip-house, breakbeat electro. Pada asalnya, nama new rave ni diambil daripada pernyataan "new version of rave". Pernyataan ini dibuat sejurus apabila terdapat beberapa elemen-elemen baru dimasukkan ke dalam genre yang sebelum ini dipanggil original rave ataupun grebo nih.
Music publication NME telah bertanggungjawab dalam menaikkan genre new rave ni ke tahap yang lebih tinggi pada sekitar 2006 hinggalah 2007 sebelum syarikat itu sendiri menyatakan bahawa "new rave is over" pada pertengahan tahun 2008. Walaubagaimanapun, pernyataan mengarut tu seolah-olah hanya khabar angin dan telah dibuktikan salah sama sekali dengan kenaikan band-band new rave UK yang mendadak seperti Shitdisco, Glamour For Better, Klaxons, Late Of The Pier, Neon Plastix dan New Young Pony Club.
Tapi dengan mengikut hasil kajian terhadap peredaran muzik negara kita (dari sudut pandangan aku tau), new rave ni masih lagi kurang menarik perhatian peminat-peminat muzik kita yang sedang leka dengan genre-genre mereka bak kata The Stone Roses, "America doesn't deserve us yet" (tapi sini malaysia kan?) haha. Tapi aku tau ada segolongan hipster yang dah tau pasal new rave ni dan dah start melayan genre ni slow-slow included me jugak.hehe. Buktinya ramai jugak music lovers kita yang datang tengok performances Shitdisco dan Steve Aoki kat Zouk, kl tahun 2009 dulu.
Tapi kat johor nih(aku study sini) new rave nih telah digabungkan dengan beberapa genre yang lain seperti disco dance, dance punk, disco punk, electronic, indie disco dan menggelarnya sebagai "disco garage". Dan disebabkan kes tu, terdapat beberapa band-band DIY Malaysia yang telah memperjuangkan genre ini such as Killeur Calculateur(kl) dan Twentysixeleven(jb) dimana memperjuangkan muzik disco punk dan indie disco yang tergolong dalam scene disco garage nih (walaupun ada jugak fakta melabelkan Killeur Calculateur nih sebagai lyxzen-voiced punk, math rock, post punk dan screamo).-syh
No comments:
Post a Comment