welcome

This Fucking Blog Aren't For Fucking Poseurs.

Saturday, April 2, 2011

madchester scene

       Madchester adalah nama yang diberikan untuk sebuah genre atau scene yang mempengaruhi suatu bangsa pada akhir 1980-an dan pada awal 1990-an. Hal itu membuat Manchester bandar muzik paling berpengaruh di United Kingdom, sebuah reputasi yang bertahan lama hingga ke tahun 90-an.

      Disebabkan itu, ia telah membuatkan dua genre rapat dalam muzik terpisah dari genre indie dan acid house dan membuatkan ia menjadi sesuatu yang baru dan menarik yang telah menarik perhatian peminat muzik alternatif. Band-band seperti Stone Roses dan Happy Monday merupakan tokoh penting dalam muzik baru ini, dan eksplorasi mereka mempunyai kesan yang dalam terhadap kewujudan Britpop yang terjadi beberapa tahun kemudian.

Permulaan Madchester
      Permulaan scene Madchester ini terletak pada kumpulan muzik seperti Smiths dan New Order, yang mengambil scene indie tempatan British pada tahun 1980-an. Penghasilan lagu mereka sudah cukup untuk menerangkan tentang  mereka dalam muzik, dan menenggelamkan gitar jangly yang menjadi ciri muzik indie di sana.

      Bandar Manchester juga berbangga dengan kelab malam seperti Hacienda, salah satu kelab malam yang paling menonjol di Inggeris dimana muzik indie dicampur dengan disko, dan kemudian house music yang tertubuh dari Chicago dan Detroit. Sebagai Warehouse party yang pertama, kelab tersebut menjadi pusat bagi muzik baru. tetapi penubuhan tersebut telah dicemari dengan penggunaan dan pengedaran Ecstasy.

Band yang terlibat
     Terdapat banyak band-band muda yang mengubah Manchester menjadi Madchester telah berkembang ketika Acid House scene wujud. Namun, satu-satunya band yang telah memberi kesan adalah Happy Monday, yang telah mengeluarkan rekod mereka menerusi Manchester independent label Factory Records.

     Walaubagaimanapun,  kredit juga harus diberi kepada New Order, yang pernah menjadi pelopor yang berada di penggabungan indie dan muzik Dance dengan rekodnya seperti Blue Monday (yang dirakam pada tahun 1988), dan tidak diragukan lagi pengaruhnya terhadap rakan-rakan mereka yang lebih muda.

      Petanda awal bahawa sesuatu muzik yang baru dan berbeza ini akan menjadi popular telah berlaku apabila album yang telah direlease oleh Stone Roses dimana seperti sekarang ini masih dianggap sebagai salah satu album terbaik pertama dan yang paling hebat yang pernah dikeluarkan. Dengan rapi dihasilkan, album ini mempamerkan beberapa lagu yang kuat telah dicampur sedikit dengan psikedelik rock dan muzik Dance yang sangat pure.

Madchester Goes baggy
      Album ini telah diikuti dengan single dari kedua-dua band iaitu Happy Monday dan Inspiral Carpets yang menyatakan pengaruh muzik Dance pada suara Manchester walaupun dua band ini mempunyai mengambil keunikan daripada inspirasi mereka.

      Ini menetapkan template untuk muzik yang akan muncul selama dua atau tiga tahun ke depan. Awalnya band Mancunian seperti tiga di atas namun tiga band ini  kemudiannya lebih terkenal di seluruh United Kingdom dengan pelbagai peringkat kejayaan.

     Perkara yang mungkin mencapai puncaknya pada akhir tahun 1989, dengan single oleh Stone Roses dan Happy Monday  telah mencari jalan mereka ke dalam carta, dan ke "Top of the Pops". Itu tidak bererti Madchester tiba-tiba mula beralih kepada pop scene tetapi carta ini adalah salah satu peluang yamg dapat mempengaruhi pemuzik lain dengan genre baru ini.

       Pencapaian tertinggi ini telah berlangsung selama satu tahun, dengan Happy Monday, James dan beberapa band lain, termasuk Charlatans, terus mengeluarkan single yang membuatkan mereka memasuki carta.

Kemorosotan Madchester
        Penggunaan dadah dan masalah undang-undang telah menyebabkan  Madchester scene ini merosot dan mati. Disebabkan ini, Happy Monday telah mengambil masa selama dua tahun untuk membuat album berikutnya, dengan alasan kononnya kerana pertengkaran dalaman dan masalah dadah dan juga masa yang sama The Stone Roses menghadapi masalah dengan syarikat rakaman mereka, perlu menunggu hampir lima tahun untuk meriliskan rekod mereka yang seterusnya.

       Dengan momentum yang hilang dari dua band terkemuka ini, tumpuan mulai berbalik ke tempat lain dan band - band Madchester yang lain terus dirudum masalah merakam muzik mereka. Disebabkan itu, ia telah menghilangkan kualiti Madchester yang menarik ini dan telah gagal mempertahankan Madchester scene lagi.-syh

new order
happy mondays
the stone roses

No comments:

Post a Comment