welcome

This Fucking Blog Aren't For Fucking Poseurs.

Saturday, April 23, 2011

complete fixed gear bike for sale

Aku tau dah ramai yang tahu pasal fixed bike nih kan? so malam ni jugak aku nak tolong member aku meniaga basikal sikit sebab dia punya basikal nih susah nak laku. aku pon tak tau apsal.haha.emm.  penjualan nih bertempat di batu pahat, johor tp available in the whole malaysia. ok lah. korang tengok laa mana yang berkenan then call kat no nih  (Rafi): 017-7445121. selamat membeli!

 
Brand new fixed gear - Hunter-
RM650 including post.
complete bike.
tyre 700x28
lockring

Complete Bike,RM350,including post
Brand new fixed gear - Hunter-
RM650 including post.
complete bike.
tyre 700x28
lockring

bike's frames
Rm150 - including post

Complete Bike RM320,including post.

Frame RM150 + Fork RM50

Complete Bike-RM350 including post.

Brand new fixed gear - Hunter-
RM650 including post.
complete bike.
tyre 700x28
lockring

RM350 including pos.
frame colour :Red,white,black,purple and yellow
wheelset colour :Red,white,black,purple and yellow
lockring

RM350 including pos.
frame colour :Red,white,black,purple and yellow
wheelset colour :Red,white,black,purple and yellow
lockring

RM520 including pos.
frame colour :Red,white,black,purple and yellow
tyre:blue and red.
wheelset colour :white and red
lockring

RM350 including post.
Tyre:blue and red
Rim : white and red.(double wall)

RM520 including pos.
frame colour :Red,white,black,purple and yellow
tyre:blue and red.
wheelset colour :white and red
lockring

RM520 including pos.
frame colour :Red,white,black,purple and yellow
tyre:blue and red.
wheelset colour :white and red
lockring

RM520 including pos.
frame colour :Red,white,black,purple and yellow
tyre:blue and red.
wheelset colour :white and red
lockring

Brand new fixed gear - HSC-
RM650 including post.
complete bike.
Seat : Bike Tech
Hub:Quando
Brake
lockring

liyana fizi :D

ok.tonight i think to share about my sweetheart sorang nih(walaupun dia tak kenal aku pon) that's called liyana fizi from Estrella. haha. ok. lets enjoy her bio. woohoo!

Liyana Fizi plays a mix of acoustic indie tunes tinged with folk, bossa, and jazz. Gaining acknowledgment for her melodic songwriting, the singer dan jugak songwriter made her first debut as one of the founding members of Malaysian indie-pop band Estrella. Everyday musings and inward thoughts are the main elements of her music, using simplicity as the main staple.

Currently singing and playing rhythm guitar as a solo artist since September 2009, Liyana performs with her permanent band of sessionists and takes a vast interest in using music as an outlet for expression.

Background

As singer and rhythm guitarist for her old band Estrella, Liyana together with other founding member and lead guitarist Yob, circulated the local music scene with their own brand of acoustic music back in 2006.

Numerous open-mic sessions and gigs at notable shows around town namely Moonshine, Troubadours, Doppelganger,and No Black Tie followed suit, before the band decided to team up and expand with Laguna Music in January 2007.

Estrella's self-titled album was released in December 2007, and in a span of a year, the band was rewarded with 8 nominations for the inaugural Voize Independent Music Awards [VIMA].

Due to internal changes in direction for Estrella made by label Laguna Music, Liyana decided to move on upon contract expiry with the record label on 30th Sept 09, following the footsteps of Yob who had left earlier in Oct 08.

lets hearing her song below.

was covered her own estrella's song-stay :D

Saturday, April 16, 2011

"The Three Special"

Haishh..hujung mnggu yang membosankan. same action,x tau nk buat ape.emm..k laa.arini sebab rasa rajin plak nak menaip so aku nak share ngan korang pasal "the three special". the three special ni sebenarnya aku tau pon dari abang sulung aku sendiri. "three" tu merujuk kepada tiga buah negeri di malaysia yang menjadi pengasas pengaruh muzik dari luar negara.

ok..untuk negeri pertama ialah johor. dimana negeri ni telah membawa masuk pengaruh muzik rock dan heavy metal 70an disekitar tahun 1980. pengaruh ni bermula apabila ada segolongan budak-budak muda kat sana telah start melayan muzik-muzik seperti led zeppelin,acdc,pink floyd,dire straits dan iron maiden. di sebabkan itu, pengaruhnya telah meluas sehingga tertubuhnya beberapa buah band terkenal dari johor such as search, lefthanded di mana memperjuangkan muzik clasical rock.

Search
Led Zeppelin

Untuk negeri kedua pulak ialah perak (ipoh especially). pada tahun yang sama dengan johor jugak, perak ni boleh dikatakan advance sikit la sebab music lovers diorang dah pun melayan muzik-muzik 80an selaras dengan diorang punya waktu time tu(kira update la nih) such as motley crue, skid row, guns n' roses dan band-band hard rock luar yang lain. hal ini telah dibuktikan dengan penubuhan band-band hard rock terawal malaysia di Ipoh seperti SYJ sebagai contoh di mana dress diorang yang boleh dikatakan sebijik dengan motlet crue dan tak lupa juga band MAY yang juga memperjuangkan muzik hard rock nih.

Motley Crue
SYJ

Dan yang ketiga ialah negeri aku sendiri iaitu terengganu.hehe. dimana ada fakta mengatakan muzik punk asalnya datang dari pantai timur, "the sandy beaches of Terengganu where the Punk began in Malaysia with a legendary band called MALARIA (Punk) and others like STORMFISH, DPSA and STONE CROWES" yeah! that's my state! haha. ok..emm.pada tahun awal 90an, muzik punk telah dibawa masuk ke dalam industri muzik malaysia melalui terengganu dan budaya ni memang sangat berpengaruh di sana sebelum meluas ke seluruh malaysia. disebabkan pengaruh yang agak tinggi, penubuhan band-band punk telah dilakukan oleh segolongan punkers kat malaysia nih. buktinya antara band punk terawal di malaysia ialah Malaria. band ni tertubuhnya di terengganu pada sekitar tahun 90an dan sempat menjadi kebanggaan punkers malaysia sebelum tertubuhnya band-band punk yang lain seperti The Pilgrims. selepas beberapa tahun, Malaria telah pun berpecah dan ada beberapa lineup diorang telah bergabung dengan punkers yang lain untuk menubuhkan band punk yang lain pada sekitar 90an iaitu Carburetor Dung sehinggalah sekarang.
Carburetor Dung
The Pilgrims

tapi tak leh lupa jugak kepada negeri-negeri utara yang telah membawa masuk muzik-muzik metal pada sekitar tahun 90an jugak.emm..ok. yang tu je kot aku rasa yang nak taip untuk arini. kalau aku ada silap tu perbetulkan la ye.mane la tau ada mistake sikit ke.haishh. chow! -syh

Saturday, April 2, 2011

madchester scene

       Madchester adalah nama yang diberikan untuk sebuah genre atau scene yang mempengaruhi suatu bangsa pada akhir 1980-an dan pada awal 1990-an. Hal itu membuat Manchester bandar muzik paling berpengaruh di United Kingdom, sebuah reputasi yang bertahan lama hingga ke tahun 90-an.

      Disebabkan itu, ia telah membuatkan dua genre rapat dalam muzik terpisah dari genre indie dan acid house dan membuatkan ia menjadi sesuatu yang baru dan menarik yang telah menarik perhatian peminat muzik alternatif. Band-band seperti Stone Roses dan Happy Monday merupakan tokoh penting dalam muzik baru ini, dan eksplorasi mereka mempunyai kesan yang dalam terhadap kewujudan Britpop yang terjadi beberapa tahun kemudian.

Permulaan Madchester
      Permulaan scene Madchester ini terletak pada kumpulan muzik seperti Smiths dan New Order, yang mengambil scene indie tempatan British pada tahun 1980-an. Penghasilan lagu mereka sudah cukup untuk menerangkan tentang  mereka dalam muzik, dan menenggelamkan gitar jangly yang menjadi ciri muzik indie di sana.

      Bandar Manchester juga berbangga dengan kelab malam seperti Hacienda, salah satu kelab malam yang paling menonjol di Inggeris dimana muzik indie dicampur dengan disko, dan kemudian house music yang tertubuh dari Chicago dan Detroit. Sebagai Warehouse party yang pertama, kelab tersebut menjadi pusat bagi muzik baru. tetapi penubuhan tersebut telah dicemari dengan penggunaan dan pengedaran Ecstasy.

Band yang terlibat
     Terdapat banyak band-band muda yang mengubah Manchester menjadi Madchester telah berkembang ketika Acid House scene wujud. Namun, satu-satunya band yang telah memberi kesan adalah Happy Monday, yang telah mengeluarkan rekod mereka menerusi Manchester independent label Factory Records.

     Walaubagaimanapun,  kredit juga harus diberi kepada New Order, yang pernah menjadi pelopor yang berada di penggabungan indie dan muzik Dance dengan rekodnya seperti Blue Monday (yang dirakam pada tahun 1988), dan tidak diragukan lagi pengaruhnya terhadap rakan-rakan mereka yang lebih muda.

      Petanda awal bahawa sesuatu muzik yang baru dan berbeza ini akan menjadi popular telah berlaku apabila album yang telah direlease oleh Stone Roses dimana seperti sekarang ini masih dianggap sebagai salah satu album terbaik pertama dan yang paling hebat yang pernah dikeluarkan. Dengan rapi dihasilkan, album ini mempamerkan beberapa lagu yang kuat telah dicampur sedikit dengan psikedelik rock dan muzik Dance yang sangat pure.

Madchester Goes baggy
      Album ini telah diikuti dengan single dari kedua-dua band iaitu Happy Monday dan Inspiral Carpets yang menyatakan pengaruh muzik Dance pada suara Manchester walaupun dua band ini mempunyai mengambil keunikan daripada inspirasi mereka.

      Ini menetapkan template untuk muzik yang akan muncul selama dua atau tiga tahun ke depan. Awalnya band Mancunian seperti tiga di atas namun tiga band ini  kemudiannya lebih terkenal di seluruh United Kingdom dengan pelbagai peringkat kejayaan.

     Perkara yang mungkin mencapai puncaknya pada akhir tahun 1989, dengan single oleh Stone Roses dan Happy Monday  telah mencari jalan mereka ke dalam carta, dan ke "Top of the Pops". Itu tidak bererti Madchester tiba-tiba mula beralih kepada pop scene tetapi carta ini adalah salah satu peluang yamg dapat mempengaruhi pemuzik lain dengan genre baru ini.

       Pencapaian tertinggi ini telah berlangsung selama satu tahun, dengan Happy Monday, James dan beberapa band lain, termasuk Charlatans, terus mengeluarkan single yang membuatkan mereka memasuki carta.

Kemorosotan Madchester
        Penggunaan dadah dan masalah undang-undang telah menyebabkan  Madchester scene ini merosot dan mati. Disebabkan ini, Happy Monday telah mengambil masa selama dua tahun untuk membuat album berikutnya, dengan alasan kononnya kerana pertengkaran dalaman dan masalah dadah dan juga masa yang sama The Stone Roses menghadapi masalah dengan syarikat rakaman mereka, perlu menunggu hampir lima tahun untuk meriliskan rekod mereka yang seterusnya.

       Dengan momentum yang hilang dari dua band terkemuka ini, tumpuan mulai berbalik ke tempat lain dan band - band Madchester yang lain terus dirudum masalah merakam muzik mereka. Disebabkan itu, ia telah menghilangkan kualiti Madchester yang menarik ini dan telah gagal mempertahankan Madchester scene lagi.-syh

new order
happy mondays
the stone roses

tribute to led zeppelin

Led Zeppelin adalah kelompok musik rock dari United Kingdom yang dibentuk bulan September 1968, dan dibubarkan setelah pemain drum John Bonham meninggal. Led Zeppelin terdiri dari Jimmy Page, Robert Plant, John Paul Jones, dan John Bonham. Dengan musiknya yang menonjolkan suara gitar yang keras dan berat, Led Zeppelin dianggap sebagai salah satu band heavy metal yang pertama.
Sebagian besar lagu-lagu mereka merupakan interpretasi musik blues dan folk yang diberi nuansa rock, termasuk rockabilly, reggae, soul,funk, jazz, musik klasik, musik Kelt, musik India, musik Arab, musik pop, musik Amerika Latin, dan musik country. Led Zeppelin tidak pernah merilis singel dari lagu-lagunya yang menjadi populer di Britania Raya. Alasannya, mereka lebih menyukai konsep musik rock berorientasi album.
Setelah 25 tahun bubar akibat meninggalnya John Bonham pada tahun 1980, Led Zeppelin tetap disanjung penggemar musik berkat pencapaian artistik, kesuksesan komersial, dan pengaruhnya yang luas di kalangan musisi rock. Hingga saat ini, album Led Zeppelin telah laku lebih dari 300 juta keping, di antaranya, 109,5 juta keping laku di Amerika Serikat, dan menjadi satu-satunya grup musik yang berhasil menempatkan semua albumnya ke dalam urutan Top 10 tangga album Billboard. Selain itu, Led Zeppelin menempati urutan nomor satu dalam Daftar 100 Artis Hard Rock Terbesar (100 Greatest Artists of Hard Rock) versi VH1. Pada 10 Desember 2007, tiga orang anggota Led Zeppelin mengadakan konser reuni yang dipersembahkan untuk Ahmet Ertegün di The O2, London.
Lagu sepanjang masa dari Led Zeppelin salah satunya adalah Stairway To Heaven, lagu dengan buaian instrument yang sangat luar biasa, memiliki jutaan makna, yang dibawakan dengan suara ketulusan dan idealisme yang tinggi, lagu abadi.

new rave ke disco garage?

    New rave atau dipanggil jugak nu rave ni adalah sebuah genre muzik yang sangat aktif terutamanya di sekitar UK (sehingga sekarang). Genre ni wujud dengan adanya penggabungan elemen-elemen muzik yang funky seperti new wave, disco, indie rock to techno, hip-house, breakbeat electro. Pada asalnya, nama new rave ni diambil daripada pernyataan "new version of rave". Pernyataan ini dibuat sejurus apabila terdapat beberapa elemen-elemen baru dimasukkan ke dalam genre yang sebelum ini dipanggil original rave ataupun grebo nih.

    Music publication NME telah bertanggungjawab dalam menaikkan genre new rave ni ke tahap yang lebih tinggi pada sekitar 2006 hinggalah 2007 sebelum syarikat itu sendiri menyatakan bahawa "new rave is over" pada pertengahan tahun 2008. Walaubagaimanapun, pernyataan mengarut tu seolah-olah hanya khabar angin dan telah dibuktikan salah sama sekali dengan kenaikan band-band new rave UK yang mendadak seperti Shitdisco, Glamour For Better, Klaxons, Late Of The Pier, Neon Plastix dan New Young Pony Club.

    Tapi dengan mengikut hasil kajian terhadap peredaran muzik negara kita (dari sudut pandangan aku tau), new rave ni masih lagi kurang menarik perhatian peminat-peminat muzik kita yang sedang leka dengan genre-genre mereka bak kata The Stone Roses, "America doesn't deserve us yet" (tapi sini malaysia kan?) haha. Tapi aku tau ada segolongan hipster yang dah tau pasal new rave ni dan dah start melayan genre ni slow-slow included me jugak.hehe. Buktinya ramai jugak music lovers kita yang datang tengok performances Shitdisco dan Steve Aoki kat Zouk, kl tahun 2009 dulu.

    Tapi kat johor nih(aku study sini) new rave nih telah digabungkan dengan beberapa genre yang lain seperti disco dance, dance punk, disco punk, electronic, indie disco dan menggelarnya sebagai "disco garage". Dan disebabkan kes tu, terdapat beberapa band-band DIY Malaysia yang telah memperjuangkan genre ini such as Killeur Calculateur(kl) dan Twentysixeleven(jb) dimana memperjuangkan muzik disco punk dan indie disco yang tergolong dalam scene disco garage nih (walaupun ada jugak fakta melabelkan Killeur Calculateur nih sebagai lyxzen-voiced punk, math rock, post punk dan screamo).-syh